SK KOTA RENTANG

SK KOTA RENTANG
KECIL TAPI HEBAT
SERLAHKAN KEHEBATAN
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (MAKA) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2016


- ANUGERAH PENINGKATAN SKOR KOMPOSIT TERTINGGI 2015 KATEGORI SEKOLAH RENDAH
- ANUGERAH KEPIMPINAN SEKOLAH ABAD KE 21 SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)

KELAB PIBK SK KOTA RENTANG

KELAB PIBK SK KOTA RENTANG

1.17.2010

HARI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH KE 82 TAHUN ( Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah )

17 Januari 2010. Hari Keputeraan Kebawah Duli yang Maha Mulia Sultan Kedah.

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah yang Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima.

Baginda diputerakan di Alor Setar, Kedah dan menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yang ke-30.

Baginda diputerakan sebagai Tunku Abdul Halim, baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah, yang kemudian menjadi Raja Muda Kedah oleh Tunku Safiah binti Tunku Mahmud.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak.

Setelah memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda kembali memerintah sebagai Sultan Kedah pada 21 September 1975, hingga kini.

Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:

  1. Tuanku Hajjah Bahiyah, anakanda Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan
  2. Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.

Pada 13 Disember 2006, baginda telah dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua ketika Tuanku Mizan Zainal Abidin diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Kali pertama baginda menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ialah ketika Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-4. H

DAULAT TUANKU.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

SK KOTA RENTANG

  ©Template by : SK Kota Rentang. © TERIMA KASIH ..