SK KOTA RENTANG

SK KOTA RENTANG
KECIL TAPI HEBAT
SERLAHKAN KEHEBATAN
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (MAKA) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2016


- ANUGERAH PENINGKATAN SKOR KOMPOSIT TERTINGGI 2015 KATEGORI SEKOLAH RENDAH
- ANUGERAH KEPIMPINAN SEKOLAH ABAD KE 21 SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)

KELAB PIBK SK KOTA RENTANG

KELAB PIBK SK KOTA RENTANG

12.31.2009

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2010

Kami di Sekolah Kebangsaan Kota Rentang Mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakan-rakan pendidik di seluruh pelusuk negara.

" SELAMAT TAHUN BARU 2010"

Read more...

SESI SUAI KENAL MURID TAHUN 1


SKKR, 31 disember 2009: Sesi suai kenal murid tahun 1 bermula hari ini. Murid tahun 1 sesi 2010 seramai 16 orang. kehadiran sesi suai kenal seramai13 orang.

Jumlah murid sesi 2010: Murid perempuan seramai 10 orang manakala murid lelaki seramai 6 orang.

GURU KELAS TAHUN 1 : CIKGU KALSOM BIN PARIMIN.

"SELAMAT DATANG KE ALAM BARU PERSEKOLAHAN"

Read more...

12.29.2009

MESYUARAT GURU SESI 2010





SKKR, 29 disember: Mesyuarat pertama guru SK Kota Rentang bagi sesi persekolahan 2010 telah diadakan pada hari ini. Mesyuarat bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir jam 1.30 tengahari.

Mesyuarat di pengerusikan oleh Guru Besar Tuan Haji Halim bin Haji Saad.

Mesyuarat ini bagi menyampaikan taklimat bagi persediaan persekolahan sesi 2010 tahun depan.

Semua Guru Hadir.

Read more...

GOTONG ROYONG DAN PEMBELIAN BUKU TEKS



SKKR, 29 disember: Telah diadakan majlis gotong royong dan pembelian buku teks. Gotong royong yang diadakan disertai oleh guru, ibu bapa dan murid-murid.

Sesi 2010, semua murid-murid akan bepindah kelas ke bangunan baru kecuali tahun 1 yang akan berada di bangunan lama.

Read more...

12.19.2009

MAAL HIJRAH 1431

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 ‘Memantap Ukhuwwah, Memperkasa Ummah’.

Read more...

12.15.2009


ASSALAMUALAIKUM. KAWAN-KAWAN NAMPAK TAK GUNUNG APA TU? TULA GUNUNG KERIANG. GAMBAR NI SAYA AMBIL DI BELAKANG SEKOLAH SAYA. BEGITULAH KEINDAHAN-KEINDAHAN YANG TERDAPAT DI SEKITAR SK KOTA RENTANG.
Ada mitos yang mengatakan gunung ini asalnya sebuah kapal yang disumpah menjadi batu oleh Sang Gedembai kerana hajatnya untuk mengahwini puteri yang berada di dalam kapal itu tidak dipenuhi .Di dalam gua ini pula dikatakan mempunyai pinggan mangkuk yang dipercayai dibawa oleh kapal tersebut. Masyarakat yang mendiami kawasan ini ketika dahulu pernah meminjam mangkuk berkenaan untuk majlis kenduri. Kini, Mitos tersebut telah menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk datang ke sini.
Gunung yang dimaksudkan ialah Gunung Keriang yang terletak kira-kira 7 km dari bandar Alor Star, ia adalah destinasi percutian yang harus kita kunjungi kerana kaya dengan keindahan alam ciptaan tuhan. Taman rekreasi yang indah di sini sesuai kepada mereka yang ingin merehatkan diri setelah penat bekerja. Kemudahan seperti tempat meletak kenderaan, tandas awam dan taman permainan ada disediakan di sini. Ia juga sesuai sekiranya kita datang untuk bersenam.
Selain itu, Gunung Keriang juga kaya dengan batu kapur atau batu bunga ( kristal ) . Batu ini dicari di dalam gua-gua yang terdapat di sini oleh penduduk tempatan dan luar . Sekiranya kita ingin mendapatkan batu ini, kita boleh membelinya dari peniaga yang menjualnya di sekitar taman rekreasi ini. Pada masa sekarang, pencarian batu ini tidak dibenarkan lagi dan dengar khabar di sekitar Gunung Keriang ini akan dibangunkan menjadi sebuah tempat perlancongan bertaraf lebih tinggi.
Yang pastinya, kunjungan kita ke sini pasti akan memberikan ilham dan ketenangan betapa pentingnya kita perlu terus menjaga keindahan alam ini.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

SK KOTA RENTANG

  ©Template by : SK Kota Rentang. © TERIMA KASIH ..