SK KOTA RENTANG

SK KOTA RENTANG
KECIL TAPI HEBAT
SERLAHKAN KEHEBATAN
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (MAKA) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2016


- ANUGERAH PENINGKATAN SKOR KOMPOSIT TERTINGGI 2015 KATEGORI SEKOLAH RENDAH
- ANUGERAH KEPIMPINAN SEKOLAH ABAD KE 21 SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)

KELAB PIBK SK KOTA RENTANG

KELAB PIBK SK KOTA RENTANG

1.31.2010

SELAMAT DATANG GURU PELATIH

MOHD ASLAM BIN BAHARUDIN
OPSYEN : SAINS ( MAJOR ) BAHASA INGGERIS ( MINOR )
ASAL : TERENGGANU


MOHAMMAD SYAFIQ BIN ABD RAHMAN
OPSYEN : SAINS ( MAJOR ) BAHASA INGGERIS ( MINOR )
ASAL : MELAKA

SKKR, 31 Januari 2010. Hari ini SKKR menerima dua orang guru pelatih dari IPG Kampus Darulaman. Mereka ialah pelajar program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ).

" SELAMAT DATANG DARI SEMUA WARGA SK KOTA RENTANG "

Read more...

1.28.2010

LATIHAN RUMAH SUKAN

SKKR, 28 Januari 2010. Hari ini latihan sukan rumah Hijau dan Biru.

Guru yang terlibat ialah :

Cikgu Megat, Cikgu Zamri, Cikgu Rusfawangi dan Ustazah Khadijah (Guru Rumah Hijau)
Cikgu Noriza, Cikgu Zaleha dan penulis (ustrooney) . (Guru Rumah Biru)

Read more...

CERAMAH KESIHATAN GIGI





SKKR, 28 Januari 2010. Satu ceramah mengenai kesihatan gigi telah diadakan pada hari ini. Ceramah disampaikan oleh Jururawat pergigian Puan Bushra binti Mansor.

Read more...

1.27.2010

LATIHAN RUMAH SUKAN






SKKR, 27 Januari 2010. Latihan rumah sukan telah bermula pada hari ini. Latihan bermula selepas solat Asar. Rumah sukan yang terlibat dalam latihan hari ini ialah rumah Kuning dan

Merah.
Guru yang terlibat dalam latihan hari ini ialah :

Cikgu Lah ( Rumah Kuning )
Cikgu Fadlina ( Rumah Kuning )
Cikgu Kalsom ( Rumah Merah )
Cikgu Kinah ( Rumah Merah )




Read more...

JADUAL KELAS TASMIK TAHAP SATU

HARI SELASA : TAHUN 1 ( 12.45-1.45 )


HARI RABU : TAHUN 2 ( 12.45-1.45 )

HARI KHAMIS : TAHUN 3 ( 12.45-1.45 )

Read more...

1.22.2010

MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA BANGUNAN BARU SK KOTA RENTANG


Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Lah



Ucapan aluan daripada Guru Besar Tuan Haji Halim


Majlis bacaan Yassin diketuai oleh Tuan Haji Man


Murid-murid tahun 1-6 dan kaum ibu juga turut serta

Jamuan Makan selepas Majlis
Cikgu Dan & Cikgu Megat tenikal hebat yang memastikan PA sistem berfungsi dengan baik


Pada hari Khamis 21 Januari 2010, satu majlis bacaan Yassin sempena bangunan baru telah diadakan pada jam 12.00 tengahari. Majlis ini disertai oleh semua warga Sekolah Kebangsaan Kota Rentang, para waris dan penduduk kampung. Majlis bacaan Yassin ini diketuai oleh Tuan Haji Man (Imam). Alhamdulillah majlis berjalan seperti yang dirancang.

Read more...

1.20.2010

PERSIAPAN MENJELANG HARI SUKAN SEKOLAH









SKKR, 20 Januari 2010. Hari ini Cikgu Dan (PK Ko-Korikulum) telah mengetuai barisan guru-guru lelaki untuk menyiapkan trek balapan menjelang hari sukan tidak lama lagi. Guru lelaki yang bertungkus- lumus dalam menyiapkan trek tersebut ialah Cikgu Wan, Cikgu Megat, Cikgu Lah, Cikgu Lazamri dan saya sendiri Ust Rooney. Kami semua dibantu oleh Pak Dan, Pak Cik Shah dan Jamil.
Tahniah kepada semua kerana membantu.

Read more...

1.17.2010

HARI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH KE 82 TAHUN ( Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah )

17 Januari 2010. Hari Keputeraan Kebawah Duli yang Maha Mulia Sultan Kedah.

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah yang Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelima.

Baginda diputerakan di Alor Setar, Kedah dan menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yang ke-30.

Baginda diputerakan sebagai Tunku Abdul Halim, baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah, yang kemudian menjadi Raja Muda Kedah oleh Tunku Safiah binti Tunku Mahmud.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak.

Setelah memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda kembali memerintah sebagai Sultan Kedah pada 21 September 1975, hingga kini.

Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:

  1. Tuanku Hajjah Bahiyah, anakanda Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan
  2. Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.

Pada 13 Disember 2006, baginda telah dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua ketika Tuanku Mizan Zainal Abidin diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Kali pertama baginda menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ialah ketika Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-4. H

DAULAT TUANKU.

Read more...

1.14.2010

LAWATAN DARI PPD

SKKR, 14 Januari 2010. Lawatan Pegawai PPD Kota Setar yang terdiri daripada :

En. Ibrahim bin Abdul Talib
Penyelia Pend. Islam & Moral

En. Dziauddin bin Saad
Pegawai Khas j-QAF

En. Noor Azam bin Mahmud
Pegawai Khas Pra Sekolah

( Maaf Gambar Lupa nak ambil )

Read more...

MESYUARAT RUMAH SUKAN.

SKKR, 14 Januari 2010. Hari ini telah berlangsung mesyuarat rumah sukan. Rumah sukan terdiri daripada rumah kuning, biru, hijau dan merah. Mensyuarat ini bertujuan untuk melantik AJK bagi sesi 2010.

Read more...

1.11.2010

LAWATAN KLINIK PERGIGIAN SEKOLAH






SKKR, 11 Januari 2010. Lawatan Klinik Pergigian Sekolah. Murid-murid ditunjukkan bagaimana cara untuk memberus gigi dengan betul. Semua murid dari tahun 1 hingga 6 terlibat.

Read more...

MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2010





SKKR,Isnin. 11 Januari 2010. Mesyuarat kurikululum kali pertama 2010. Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar.

Read more...

1.09.2010

AKTIVITI SUKAN GURU LELAKI






SKKR, 8 Januari 2010. Hari ini guru lelaki bermain badminton di Hotel ASRC Alor Setar. Aktiviti ini ialah aktiviti mingguan yang telah dirancang sepanjang tahun 2010 diketuai oleh Cikgu dan PK Ko-ko Sk Kota Rentang.


Guru yang hadir bermain : Cikgu Det, Cikgu Megat, Cikgu Lah, n Ustaz Syakrony ( Blog Master )

Kat hotel ni ada kolam renang. Cikgu Lah siap bawa Cikgu Kinah (Isteri) dan anak - anak mandi kat situ.

Read more...

1.03.2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH






Sekitar perhimpunan pagi


Ucapan Guru Besar



Lawatan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar Tuan Haji Menteri bin Abdullah

Read more...

1.01.2010

WARGA BARU SK KOTA RENTANG 2010




PUAN KAMILAH BINTI MOHD ADAM
PEMBANTU PENGURUSAN MURID




CIK FADZLINA BINTI ZAINOL RASHID

GURU BAHASA INGGERIS

Read more...
Related Posts with Thumbnails

SK KOTA RENTANG

  ©Template by : SK Kota Rentang. © TERIMA KASIH ..