SK KOTA RENTANG

SK KOTA RENTANG
KECIL TAPI HEBAT
SERLAHKAN KEHEBATAN
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (MAKA) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2016


- ANUGERAH PENINGKATAN SKOR KOMPOSIT TERTINGGI 2015 KATEGORI SEKOLAH RENDAH
- ANUGERAH KEPIMPINAN SEKOLAH ABAD KE 21 SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)

KELAB PIBK SK KOTA RENTANG

KELAB PIBK SK KOTA RENTANG

12.15.2009


ASSALAMUALAIKUM. KAWAN-KAWAN NAMPAK TAK GUNUNG APA TU? TULA GUNUNG KERIANG. GAMBAR NI SAYA AMBIL DI BELAKANG SEKOLAH SAYA. BEGITULAH KEINDAHAN-KEINDAHAN YANG TERDAPAT DI SEKITAR SK KOTA RENTANG.
Ada mitos yang mengatakan gunung ini asalnya sebuah kapal yang disumpah menjadi batu oleh Sang Gedembai kerana hajatnya untuk mengahwini puteri yang berada di dalam kapal itu tidak dipenuhi .Di dalam gua ini pula dikatakan mempunyai pinggan mangkuk yang dipercayai dibawa oleh kapal tersebut. Masyarakat yang mendiami kawasan ini ketika dahulu pernah meminjam mangkuk berkenaan untuk majlis kenduri. Kini, Mitos tersebut telah menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk datang ke sini.
Gunung yang dimaksudkan ialah Gunung Keriang yang terletak kira-kira 7 km dari bandar Alor Star, ia adalah destinasi percutian yang harus kita kunjungi kerana kaya dengan keindahan alam ciptaan tuhan. Taman rekreasi yang indah di sini sesuai kepada mereka yang ingin merehatkan diri setelah penat bekerja. Kemudahan seperti tempat meletak kenderaan, tandas awam dan taman permainan ada disediakan di sini. Ia juga sesuai sekiranya kita datang untuk bersenam.
Selain itu, Gunung Keriang juga kaya dengan batu kapur atau batu bunga ( kristal ) . Batu ini dicari di dalam gua-gua yang terdapat di sini oleh penduduk tempatan dan luar . Sekiranya kita ingin mendapatkan batu ini, kita boleh membelinya dari peniaga yang menjualnya di sekitar taman rekreasi ini. Pada masa sekarang, pencarian batu ini tidak dibenarkan lagi dan dengar khabar di sekitar Gunung Keriang ini akan dibangunkan menjadi sebuah tempat perlancongan bertaraf lebih tinggi.
Yang pastinya, kunjungan kita ke sini pasti akan memberikan ilham dan ketenangan betapa pentingnya kita perlu terus menjaga keindahan alam ini.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

SK KOTA RENTANG

  ©Template by : SK Kota Rentang. © TERIMA KASIH ..